You are here: Home > > Setup Wireless Router

Setup Wireless Router

Ada orang bertanyakan macam nak setting wireless router dengan internet. Sebenarnya setting internet bersama router wireless adalah mudah kerana settingnya adalah sama bagi semua model kecuali GUI software dalam router wireless tersebut (bergantung kepada manufacturer pengeluar). Tapi kena lah baca manual yang disertakan dalam kotak pembelian.

DSC00681


DSC00682

Router Wireless Dlink DIR-300

Ok pastikan korang tahu no IP dua benda nie … Selalunya 192.168.0.1 adalah no default bagi router jenis wireless dan bukan wireless. Untuk Maxis Modem Wireless sila abaikan dan kita akan tukar IP Router Wireless Dlink sahaja daripada 192.168.0.1 kepada 192.168.0.2 kerana Router Wireless Maxis tadi dah guna no IP tadi.

Camner nak tukar ? Baca manual lah … hehehe malas membaca la korang nie kan …

DSC00683

Sila tukar port wan kepada port LAN

Ok hidupkan Dlink Router Wireless tadi dan sambungkan kabel ke kabel LAN (4 lubang biru adalah LAN dan 1 jer untuk WAN nanti kita citer apa guna WAN tu). Ok ? dah hidup ? pastikan kabel ok dan sambungkan ke PC atau laptop anda dan pastikan Network Laptop anda disetkan IP secara automatik.

image

Setkan Automatik IP

LANGKAH 1

Contoh setkan Ip secara automatik

Ok dah sambung semuanya ? hidupkan internet browser anda dan bahagian URL tadi masukan ip 192.168.0.1

image

Masukan username dan password (rujuk manual yang disertakan bersama router wireless Dlink anda tadi) dan Login masuk.

image

Menu Dlink … ok klik menu LAN Setup disebelah kiri baris ketiga daripada atas …

image

Ok tukarkan IP Dlink kepada 192.168.0.1 kepada 192.168.0.2 dan klik Save Settings .. tunggu dia boot balik dan jika tiada apa-apa keluar taip ip baru tadi di menu browser internet anda … Ok ? dah siap … Step 1 dah siap

LANGKAH 2

Langkah kedua Klik Menu Internet Setup (Menu awal 1st atas sekali)

image

image

“My Internet Connections is” pilih Dynamix IP (DHCP) … dan yang penting no DNS ISP .. Maxis masukan 202.75.129.101 dan 202.75.129.102. (TM dan Celcom hubungi heldesk mereka dan tanyakan no DNS nie atau tanya wak google jer hehehe) … Streamyx DNS 202.188.0.133 & 202.188.1.5

Save Settings … dah siap langkah 2.

LANGKAH 3

Langkah 3 ialah mengkonfigurasi wireless signal dan keselamatan yang hendak digunakan. Pilih menu kedua … dan ambil manual konfigurations untuk setkan menu seterusnya.

D-LINK SYSTEMS, INC - WIRELESS ROUTER - HOME_1245506163461

Klik untuk besarkan

image

  1. Tandakan Enable Wireless,
  2. Masukan Network Name (nama wireless anda yang akan muncul pada menu wireless PC anda nanti)
  3. Wireless Channel pilih lah yang bersesuaian … jika ada wireless lain cuba elakan daripada menggunakan channel yang sama.

Ok seterusnya keselamatan

image

Masukan Secuirty Mode … saya pilih WEP (kurang kukuh keselamatan .. kalau boleh setkan WPA atau kalau tak kisah pakai jer WEP) dan pilih kata laluan bergantung pada setting anda dan catit … kalau hilang kena reset semua daripada awal.

Save settings dan sambunagkan ke Modem Maxis tadi … kali nie tukar lubang LAN kepada WAN

DSC00683

Tukar kabel kepada lubang WAN port

Masukan kabel LAN ke Router Wireless Maxis

Masukan kabel LAN ke Router Wireless Maxis

Ok cucuk pada lubang WAN dan seterusnya ke Router Maxis Wireless Broadband (kalau streamyx ke streamyxlah) … LAN yang 4 lobang tu bolehlah disambungkan kepada mana PC yang tak der wireless kad … dah berjaya … cuba lah sendiri … komen kalau gagal hehehehe nanti saya jawab apa tak kena berani ler.....

Selamat mencuba!!!!!!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Responses to “Setup Wireless Router”:

Leave a comment